Salam and good day everyone!
Pertama sekali, Leeya nak mintak maaf sebab lambat tulis posting kali ni sebab busy dengan mid test dua malam berturut turut dengan kelas ganti, kelas malam tapi takpelah, Aleeya cuba cari masa untuk menulis juga.
So, kali ni Aleeya nak cerita pengalaman sepanjang Minggu Keusahawanan di Kolej Aminuddin Baki (KAB) yang berlangsung selama 4 hari bermula pukul 5 petang sehingga 11 malam. Nak dijadikan cerita, ada lebih kurang 12-20 gerai jualan sepanjang Minggu Keusahawanan, tapi Aleeya tak berapa yakin sebab ia melibatkan gerai antara biro dan ada juga gerai antara kelab kelab lain. Antara gerai yang ada ialah Culture Shock, SRAB Village, Sabarwey, KingsMep, ICT Corner dan banyak lagi.
Aleeya jaga gerai ICT Corner, iaitu dari Biro Penerbitan dan ICT yang menjual Lokching iaitu sate ikan dan juga ais-blended buah kordial.
![]() |
Poster ICT Corner |
Walau bagaimanapun, pada hari pertama minggu keusahawanan berlangsung, kami dari biro ict agak kecewa dan juga sedih kerana jualan kami tidak mencapai target, ada juga salah faham yang berlaku antara kami dan terdapat juga khabar angin bahawa ada yang mengatakan gerai kami tidak menarik untuk mereka datang membeli. Namun begitu, kami tidak berputus asa. Kami berbincang semula tentang cara cara melayan pelanggan dengan betul, cara cara untuk menarik pelanggan, berapa target yang ingin kami capai pada hari seterusnya dan alhamdulillah pada hari hari yang berikutnya gerai kami didatangi ramai pelanggan.
![]() |
Ni menu yang kami hias di gerai. |
Ni suasana masa minggu keusahawanan. Riuh! Walau apa pelbagai halangan dan rintangan yang datang, kami dapat selesaikan masalah tersebut bersama dan apa yang paling menyeronokkan bagi Aleeya ialah hubungan yang semakin akrab antara kami semua membuatkan Aleeya berasa selesa untuk berborak dan bercerita.
![]() |
gambar hari terakhir minggu keusahawanan |
![]() |
sesi bergambar setelah beberapa hari bertungkus lumus menjayakan minggu keusahawanan |
![]() |
yea, bersama MEP kesayangan kami Syazwan, walaupun sibuk menjaga gerai KingsMep tapi dalam masa yang sama prihatin terhadap anak bironya ini :) |
Apa yang Aleeya harapkan lepasni, semoga semua dapat bekerjasama dalam menjayakan aktiviti yang akan datang dan semoga hubungan yang terjalin ini dapat diteruskan walaupun "biro" ni hanya untuk tempoh setahun sahaja. Jumpa lagi dalam aktiviti yang akan datang :) dan inshaAllah Aleeya akan kongsikan lagi dalam posting yang seterusnya.
Salam Aleeya,
ReplyDeleteI have read somewhere in your friend's blog, the reason why takde sambutan 1st day was because of pesta convo. or no?
anyway good job! and i love lokcing too :D
Keep it up!