Friday, December 13, 2019

Keindahan Alam

Assalamualaikum semua

Agak lambat ye blog untuk minggu ni. Maaf, Aleeya terlupaaa.

Okaylah, minggu ni Aleeya nak share dengan korang semua pasal minat Aleeya. Selain menari dan tengok bulan, Aleeya juga suka tengok keindahan alam. Ada satu post di FB yang tertulis ;

Cara Rasulullah menghilangkan sedih :
1) Solat
2) Melihat daun hijau
3) Mendengar deruan air
4) Melihat wajah-wajah yang tenang

Solat tu dah semestinya lah kan, sama ada sedih ke tak kita kena solat. Point kedua and ketiga tu, Aleeya setuju sangat.

Keindahan alam ni contohnya macam pemandangan langit, gunung, bukit bakau, air terjun, matahari terbit dan terbenam dan banyak lagi. Sebab apa Aleeya minat sangat tengok keindahan alam ni? satu sebab memang cantik, kedua keindahan alam ni ciptaan tuhan yang sememangnya sangat indah, ketiga, selain dapat menghilangkan rasa sedih, ia juga dapat menghilangkan stress.

ini kami datang Kolej Ibu Zain untuk tengok matahari terbenam, selepas joging
Tengok tu, cantik kan pemandangan dekat atas bukit. ni masa awal awal masuk UKM dulu, rajin lah petang-petang pegi stadium, joging lepastu naik KIZ semata-mata nak tengok matahari terbenam. tapi cantik lah, korang boleh tengok sendiri. 

Ya, tak semua orang ada minat yang sama macam Aleeya, like tengok bulan, menari, tengok keindahan alam, tapi nak nasihat sikit la.. Tak perlu kot downgrade minat orang lain. Bila orang tanya " kau minat apa? ", then jawab " ohh, aku suka tengok pemandangan, macam sunset ke sunrise ke  " pastu tak perlu kot " eee, apa laa minat benda benda macam tu? banyak lagi benda boleh buat. " hellooo people, its okay kalau korang rasa benda benda macam tu buang masa korang or whatever, tapi tak payah la cakap kat tuan punya badan macam tu, hormat sikit la kan :) sorry teremosi pula hihihi aleeya okay jee.

yang ni pulak pemandangan matahari terbit di Kolej Matrikulasi Perak.

hehe rindu pulak dekat classmate di matrik. yang ni pun korang describe sendiri la macam mana cantiknya pemandangan tu. ni baru tunjuk gambar je, cuba kalau pergi tengok sendiri depan depan, fuhhh lawaaa. 

gambar ni kami pergi sebab Aleeya yang ajak, time tu minggu untuk study before PSPM. So, Aleeya tahu, classmate Aleeya semua struggle belajar, ada yang tak tidur malam lah, stress, homesick lah. Jadi, Aleeya ajak classmate Aleeya. and guess what? Sunrise kan selalunya pagi, selepas subuh macam tu, diaorg pun sanggup bangun and turun semata-mata nak tengok sunrise je! Classmate Aleeya sporting gila ah! seronok sebab ada orang sahut kita punya jom hahaha. 


lastly, Aleeya rasa cukup kot setakat ni, Internet tidak mengizinkan, haih dengki betul la :( 
Apapun, semoga berjumpa lagi dalam blog yang seterusnya, kalau ada hihi :)




Tuesday, December 3, 2019

Econ.Hunt

Hello assalamualaikum semua.

Apa khabar, sihat ke tu? Semoga sihat sihat lah ye semuanya. Yelah sekarang kan musim demam. Jaga diri ye semua, banyakkan minum air masak :)

So harini Aleeya nak cerita pasal Econ.hunt yang telah berlangsung pada hari Rabu lepas dari pukul 10am sehingga 6pm. Econ.hunt ni actually dia macam "explore race", kita kena pergi satu tempat untuk dapatkan sesuatu maklumat. Ha lebih kurang macam tulah.

Econ.hunt ni diwajibkan untuk semua pelajar Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP) yang mengambil subjek makroekonomi pada sem 1 ni. Kami telah pun diberikan kumpulan oleh ajk ajk yang bertugas lebih kurang sebulan sebelum Econ.hunt dijalankan di aplikasi Telegram. Dari aplikasi Telegram, kami perlu mencari nama sendiri dan kenal dengan ahli kumpulan masing masing supaya aktiviti Econ.hunt dapat berjalan dengan lancar. Kiranya, kita kena cari sendiri ahli kumpulan kita, kenal dengan mereka and dari situ kita create another whatsapp group untuk memudahkan kami berhubung.

Aleeya kumpulan 9, and nama nama yang tersenarai dalam list tu, semua Aleeya tak kenal. At first Aleeya dah risau dah, macam mana nak buat aktiviti kalau kita tak kenal ahli kumpulan kita sendiri kan. Tapi takpelah kita fikir positif dulu. And nasib baiklah dapat ketua kumpulan yang sangat function. Dia ajak jumpa before hari kejadian so that kita takde la tercari cari nanti kan. Bukan tu je tau, ketua kumpulan kami siap sewakan kereta separuh hari semata-mata untuk Econ.hunt ni sebab kami memang akan pusing satu UKM untuk lakukan Econ.hunt ni. Bersyukur sangat lah dapat ketua kumpulan yang function.

Sebenarnya Aleeya jugak risau sebabnya ada ahli kumpulan yang tak dapat join untuk slot pagi sebab ada kelas, and ada jugak sesetengah yang tak dapat join slot petang. Risau jugak la, takut tak sempat jawab soalan, takut ahli tak bekerjasama buat kerja and banyak lagi la. Biasa la perempuan ni overthinking dia haa faham faham lah kan hahaha.

Tapi, teka apa yang jadi pada hari kejadian? Aleeya memang tak sangka gila, and seronok! Sebab apa? Sebab ahli kumpulan semua bagi komitmen and sangat bertanggungjawab dengan tugas masing masing. Alhamdulillah kami dapat selesaikan semua soalan dan kami juga dapat cari kesemua clue yang terletak di serata UKM.

Apa yang Aleeya belajar sepanjang Econ.hunt berlangsung ialah pertama sekali kerjasama. Kalau ahli kumpulan tak bekerjasama, memang kerja takkan berjalan and akan jadi huru hara. Sepanjang Econ.hunt berlangsung, kumpulan Aleeya ada 3 kereta, yang Aleeya sangat tak sangka tadi tu, sampai 3 kereta uollsss, kumpulan lain 1/2 kereta je, ada yang takde kereta, ada yang naik bas, and ada yang jalan kaki je. Bayangkan laaa, nak pergi pusing satu UKM kot, sampai ke Fakulti Kejuruteraan Alam Bina (FKAB) yang jauh dari FEP. Bersyukur YaAllah.

Ni ada serba sedikit gambar yang kami sempat ambil sebagai bukti.

Di ruang 24 jam, PTSL
Di Pusanika.

Di perkarangan dectar.
Ahli kumpulan lelaki kami yang sangat function, mereka tengah jawab soalan masa ni hehe



Kedua, kita dapat mengeratkan hubungan. Yes, macam yang Aleeya cakap tadi, kami sendiri tak kenal sesama kami. Jadi, bila dah satu kumpulan, buat kerja sama sama automatik dia buatkan kita kenal antara satu sama lain. And yes, Aleeya admit bonding kami agak kuat berbanding kumpulan lain sebabnya, lepas habis Econ.hunt kami terus keluar UKM dan makan bersama sama. Dah sewa kereta separuh hari kan, mana boleh lepaskan peluang yang ada hehehe.

Ketiga, selain kerjasama dan dapat mengeratkan hubungan, kami juga dapat menambah ilmu pengetahuan makroekonomi kami. Antara sebabnya ialah, kami perlu menjawab soalan soalan makroekonomi yang tiada dalam silibus kami. Oleh itu, kami perlu mencari jawapan tersebut di google, memandangkan sekarang ni maklumat hanyalah di hujung jari. Dengan itu, kami serba sedikit dapat tahu makroekonomi dengan lebih mendalam.

Actually ada banyak lagi yang dapat kami pelajari sepanjang hari tersebut. Tetapi memandangkan masa tidak mengizinkan, baiklah Aleeya mengundurkan diri terlebih dahulu. Semoga berjumpa di blog yang seterusnya :)




Ini gambar kami semua, selepas tamat aktiviti econ.hunt yang berlangsung selama 8 jam. Semoga ikatan yang terjalin ini akan kukuh dan berkekalan :)

Love, Aleeya.

Keindahan Alam

Assalamualaikum semua Agak lambat ye blog untuk minggu ni. Maaf, Aleeya terlupaaa. Okaylah, minggu ni Aleeya nak share dengan korang sem...