Friday, December 13, 2019

Keindahan Alam

Assalamualaikum semua

Agak lambat ye blog untuk minggu ni. Maaf, Aleeya terlupaaa.

Okaylah, minggu ni Aleeya nak share dengan korang semua pasal minat Aleeya. Selain menari dan tengok bulan, Aleeya juga suka tengok keindahan alam. Ada satu post di FB yang tertulis ;

Cara Rasulullah menghilangkan sedih :
1) Solat
2) Melihat daun hijau
3) Mendengar deruan air
4) Melihat wajah-wajah yang tenang

Solat tu dah semestinya lah kan, sama ada sedih ke tak kita kena solat. Point kedua and ketiga tu, Aleeya setuju sangat.

Keindahan alam ni contohnya macam pemandangan langit, gunung, bukit bakau, air terjun, matahari terbit dan terbenam dan banyak lagi. Sebab apa Aleeya minat sangat tengok keindahan alam ni? satu sebab memang cantik, kedua keindahan alam ni ciptaan tuhan yang sememangnya sangat indah, ketiga, selain dapat menghilangkan rasa sedih, ia juga dapat menghilangkan stress.

ini kami datang Kolej Ibu Zain untuk tengok matahari terbenam, selepas joging
Tengok tu, cantik kan pemandangan dekat atas bukit. ni masa awal awal masuk UKM dulu, rajin lah petang-petang pegi stadium, joging lepastu naik KIZ semata-mata nak tengok matahari terbenam. tapi cantik lah, korang boleh tengok sendiri. 

Ya, tak semua orang ada minat yang sama macam Aleeya, like tengok bulan, menari, tengok keindahan alam, tapi nak nasihat sikit la.. Tak perlu kot downgrade minat orang lain. Bila orang tanya " kau minat apa? ", then jawab " ohh, aku suka tengok pemandangan, macam sunset ke sunrise ke  " pastu tak perlu kot " eee, apa laa minat benda benda macam tu? banyak lagi benda boleh buat. " hellooo people, its okay kalau korang rasa benda benda macam tu buang masa korang or whatever, tapi tak payah la cakap kat tuan punya badan macam tu, hormat sikit la kan :) sorry teremosi pula hihihi aleeya okay jee.

yang ni pulak pemandangan matahari terbit di Kolej Matrikulasi Perak.

hehe rindu pulak dekat classmate di matrik. yang ni pun korang describe sendiri la macam mana cantiknya pemandangan tu. ni baru tunjuk gambar je, cuba kalau pergi tengok sendiri depan depan, fuhhh lawaaa. 

gambar ni kami pergi sebab Aleeya yang ajak, time tu minggu untuk study before PSPM. So, Aleeya tahu, classmate Aleeya semua struggle belajar, ada yang tak tidur malam lah, stress, homesick lah. Jadi, Aleeya ajak classmate Aleeya. and guess what? Sunrise kan selalunya pagi, selepas subuh macam tu, diaorg pun sanggup bangun and turun semata-mata nak tengok sunrise je! Classmate Aleeya sporting gila ah! seronok sebab ada orang sahut kita punya jom hahaha. 


lastly, Aleeya rasa cukup kot setakat ni, Internet tidak mengizinkan, haih dengki betul la :( 
Apapun, semoga berjumpa lagi dalam blog yang seterusnya, kalau ada hihi :)




Tuesday, December 3, 2019

Econ.Hunt

Hello assalamualaikum semua.

Apa khabar, sihat ke tu? Semoga sihat sihat lah ye semuanya. Yelah sekarang kan musim demam. Jaga diri ye semua, banyakkan minum air masak :)

So harini Aleeya nak cerita pasal Econ.hunt yang telah berlangsung pada hari Rabu lepas dari pukul 10am sehingga 6pm. Econ.hunt ni actually dia macam "explore race", kita kena pergi satu tempat untuk dapatkan sesuatu maklumat. Ha lebih kurang macam tulah.

Econ.hunt ni diwajibkan untuk semua pelajar Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP) yang mengambil subjek makroekonomi pada sem 1 ni. Kami telah pun diberikan kumpulan oleh ajk ajk yang bertugas lebih kurang sebulan sebelum Econ.hunt dijalankan di aplikasi Telegram. Dari aplikasi Telegram, kami perlu mencari nama sendiri dan kenal dengan ahli kumpulan masing masing supaya aktiviti Econ.hunt dapat berjalan dengan lancar. Kiranya, kita kena cari sendiri ahli kumpulan kita, kenal dengan mereka and dari situ kita create another whatsapp group untuk memudahkan kami berhubung.

Aleeya kumpulan 9, and nama nama yang tersenarai dalam list tu, semua Aleeya tak kenal. At first Aleeya dah risau dah, macam mana nak buat aktiviti kalau kita tak kenal ahli kumpulan kita sendiri kan. Tapi takpelah kita fikir positif dulu. And nasib baiklah dapat ketua kumpulan yang sangat function. Dia ajak jumpa before hari kejadian so that kita takde la tercari cari nanti kan. Bukan tu je tau, ketua kumpulan kami siap sewakan kereta separuh hari semata-mata untuk Econ.hunt ni sebab kami memang akan pusing satu UKM untuk lakukan Econ.hunt ni. Bersyukur sangat lah dapat ketua kumpulan yang function.

Sebenarnya Aleeya jugak risau sebabnya ada ahli kumpulan yang tak dapat join untuk slot pagi sebab ada kelas, and ada jugak sesetengah yang tak dapat join slot petang. Risau jugak la, takut tak sempat jawab soalan, takut ahli tak bekerjasama buat kerja and banyak lagi la. Biasa la perempuan ni overthinking dia haa faham faham lah kan hahaha.

Tapi, teka apa yang jadi pada hari kejadian? Aleeya memang tak sangka gila, and seronok! Sebab apa? Sebab ahli kumpulan semua bagi komitmen and sangat bertanggungjawab dengan tugas masing masing. Alhamdulillah kami dapat selesaikan semua soalan dan kami juga dapat cari kesemua clue yang terletak di serata UKM.

Apa yang Aleeya belajar sepanjang Econ.hunt berlangsung ialah pertama sekali kerjasama. Kalau ahli kumpulan tak bekerjasama, memang kerja takkan berjalan and akan jadi huru hara. Sepanjang Econ.hunt berlangsung, kumpulan Aleeya ada 3 kereta, yang Aleeya sangat tak sangka tadi tu, sampai 3 kereta uollsss, kumpulan lain 1/2 kereta je, ada yang takde kereta, ada yang naik bas, and ada yang jalan kaki je. Bayangkan laaa, nak pergi pusing satu UKM kot, sampai ke Fakulti Kejuruteraan Alam Bina (FKAB) yang jauh dari FEP. Bersyukur YaAllah.

Ni ada serba sedikit gambar yang kami sempat ambil sebagai bukti.

Di ruang 24 jam, PTSL
Di Pusanika.

Di perkarangan dectar.
Ahli kumpulan lelaki kami yang sangat function, mereka tengah jawab soalan masa ni hehe



Kedua, kita dapat mengeratkan hubungan. Yes, macam yang Aleeya cakap tadi, kami sendiri tak kenal sesama kami. Jadi, bila dah satu kumpulan, buat kerja sama sama automatik dia buatkan kita kenal antara satu sama lain. And yes, Aleeya admit bonding kami agak kuat berbanding kumpulan lain sebabnya, lepas habis Econ.hunt kami terus keluar UKM dan makan bersama sama. Dah sewa kereta separuh hari kan, mana boleh lepaskan peluang yang ada hehehe.

Ketiga, selain kerjasama dan dapat mengeratkan hubungan, kami juga dapat menambah ilmu pengetahuan makroekonomi kami. Antara sebabnya ialah, kami perlu menjawab soalan soalan makroekonomi yang tiada dalam silibus kami. Oleh itu, kami perlu mencari jawapan tersebut di google, memandangkan sekarang ni maklumat hanyalah di hujung jari. Dengan itu, kami serba sedikit dapat tahu makroekonomi dengan lebih mendalam.

Actually ada banyak lagi yang dapat kami pelajari sepanjang hari tersebut. Tetapi memandangkan masa tidak mengizinkan, baiklah Aleeya mengundurkan diri terlebih dahulu. Semoga berjumpa di blog yang seterusnya :)




Ini gambar kami semua, selepas tamat aktiviti econ.hunt yang berlangsung selama 8 jam. Semoga ikatan yang terjalin ini akan kukuh dan berkekalan :)

Love, Aleeya.

Thursday, November 28, 2019

Presentation

Assalamualaikum dan haii semuaaa!

Harini Aleeya nak share dengan korang yang tengah membaca ni cara cara ataupun tips pembentangan yang hebat dan berkesan. Biasalah bila dah masuk U ni, pembentangan tu takkan lari dari kehidupan kita sebagai student. 

So actually apa tujuan kita buat pembentangan di hadapan kelas, depan classmate kita, depan lecturer kita? Salah satunya, ialah untuk memupuk rasa keyakinan dalam diri kita. Yelah bila kita present dekat depan orang ramai, kita mesti la ada keyakinan untuk bercakap, kalau kita tak yakin, macam mana kita nak sampaikan isi pembentangan kita dekat kelas?

Selain untuk memupuk rasa keyakinan diri, pembentangan juga membolehkan kita sebagai pembentang untuk memperoleh ilmu baru dan dapat memahami topik tersebut dengan lebih mendalam. Seperti yang sedia maklum, kita sebagai pembentang mestilah membuat persediaan terlebih dahulu sebelum bentang di hadapan kelas, dengan itu kita akan lebih faham dan tahu tentang topik tersebut berbanding dengan pelajar lain.

Mengikut Kamus Dewan, pembentangan bermaksud, "perbuatan memaparkan, menghuraikan dan menerangkan sesuatu maklumat". Jadi dalam konteks pengajaran dan pembelajaran pembentangan pelajar bermaksud pelajar memaparkan, menghuraikan dan menerangkan maklumat atau idea mengenai topik yang dipelajari dalam bilik darjah.

Okay so antara tips pembentangan yang hebat dan berkesan ialah:
  • Pembukaan yang menarik perhatianOrang akan nilai kita berdasarkan first impression. Andai kata kita terus mulakan pembentangan kita dengan tajuk yang kita ingin sampaikan, mesti first impression mereka dekat kita buruk and mereka akan stick dengan pandangan mereka terhadap kita contohnya macam " oh, dia ni macam ni, tak reti bagi salam " and so on. Jadi untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku, kita sebagai pembentang, jangan lupa bagi salam and jadikan presentation tu formal, sebab kita nak bentang dekat classmate kita, dan lecturer kita. Lainlah kalau kita, bentang dekat kawan kawan kita je. dan kalau boleh cuba dekatkan diri dengan audiens, contohnya " Saya hanyalah manusia biasa seperti kamu juga yang hanya mahu menyampaikan idea baru " so that mereka tak terus judge kita if kita punya pembentangan teruk ataupun banyak silap ke kan :)
  • Penampilan yang sesuai. Penampilan atau perwatakan yang menarik mampu menarik minat audiens untuk mendengar ucapan kita. Lecturer juga amat mengalakkan kita tampil dengan pakaian yang menarik dan kemas.  Aspek pemilihan pemakaian rasanya agak penting untuk nampak lebih mantap di hadapan audiens. Bagi persembahan berkumpulan, kita digalakkan memakai pakaian yang sama contohnya jika berkemeja putih semua berkemeja putih. Sama juga jika memakai blazer. Bila pakai pakaian seragam, orang akan rasa teruja untuk mendengar pembentangan kita dan ia juga boleh built confidence dalam diri kita sebenarnya. :)
  • Bahasa dan suara yang jelas, fasih dan mudah difahami. Kita sebagai pembentang kena laa gunakan bahasa yang mudah difahami orang lain. Kalau boleh yang cakap loghat negeri sendiri dengan pekat tu boleh guna bahasa yang audiens boleh faham. Sebabnya kalau lah kita sebagai pembentang guna loghat terengganu bila bentang kat depan, audiens kita ada yang dari negeri lain mesti tak faham apa yang kita nak sampaikan. Bukan bahasa saja, suara kita juga perlulah jelas dan fasih supaya audiens dapat apa yang ingin kita sampaikan. Diingatkan juga untuk tidak bercakap laju seperti kereta api, nanti susah audiens nak faham dan catat isi isi penting yang kita sampaikan :) 

Aleeya rasa setakat ni jelah dulu untuk tips pembentangan yang hebat dan berkesan. Sebenarnya ada banyak lagi, tapi masa untuk menulis tidak mengizinkan. So Aleeya akan sambung dalam next posting inshaAllah. Selamat membaca, dan harapnya dapat bantu korang :)


Tiba tiba rasa macam tak kena pulak cerita dengan label. Tapi dah tulis kan, so kasi can la bolehhhh? hehe. Ni gambar Aleeya dengan kawan Aleeya masa buat presentation dekat ATMA. 

Wednesday, November 20, 2019

Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian :)

Hai dan assalamualaikum semua !

Macam mana dengan " hectic week " korang? Midterm test? Assignment? Labtest? Presentation? Tutorial?  Okay tak okay tu?

Walau tak okay macam mana pun kita, kita tak boleh putus asa. Come on gaiss, baru sem 1, baru nak mula "uni life". Ada senior pernah cakap kat Aleeya ' korang baru masuk u ni, enjoy lah sebaik mungkin, tak perlu stresskan diri. tapi enjoy jangan sampai abaikan pelajaran. apa yang korang akan lalui nanti, semuanya korang akan rindu lepas dah habis belajar nanti. ' and Aleeya setuju dengan apa yang senior Aleeya cakap tu. Sama la macam korang rindu zaman sekolah korang, zaman dekat matrik. Macam tu jugak la dengan u ni, cuma bezanya dekat u, kita akan belajar banyak benda dan akan lebih mengenal erti kehidupan sebenar.

So, Aleeya nak cakap kat sini, berakit rakit ke hulu, berenang renang ke tepian, bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian. Kalau korang rasa kehidupan korang susah, ketahuilah bahawa para nabi dan rasul juga pernah rasa kesusahan dalam perjuangan mereka untuk menegakkan Islam sebelum mencapai kemenangan. Kesusahan yang mereka hadapi tak pernah menyebabkan mereka berputus asa, malah mereka terus berjuang di atas jalan kebenaran sehingga mendapat kemenangan.

Ni baru sem 1 dah rasa membebankan, rasa macam nak mengalah, tapi cuba kita sabar sikit, cuba adopt dengan budaya baru ini, usaha dan jangan kenal erti putus asa, kalau tak tahu sesuatu perkara jangan malu untuk bertanya. Ingat lagi cikgu bahasa melayu Aleeya pernah cakap " jangan bodoh sombong, lebih baik kita bodoh 5 minit, dari bodoh selama-lamanya ". Biasalah bila kita belajar sesuatu benda yang baru mesti awal awal rasa susah dan ada masanya mesti kita akan rasa benda tu mudah, jadi jangan mudah berputus asa ! Fightinggg. You can do it gaissss.


Sebenarnya Aleeya tak banyak idea nak tulis posting kalini. Tapi sebab Aleeya tahu sekarang ni ramai yang tengah down, mungkin sebab mid test tak jawab dengan okay ataupun stress assignment banyak and so on. Jadi Aleeya tulis ni random je, sebab Aleeya pun tengah tak okay sekarang. Kiranya Aleeya macam nak cheer up kan diri sendiri la so yeahhh harap korang okay okay je, jangan stress sangat, jangan lupa solat and banyakkan doa! Semoga segala urusan kita semua dipermudahkan dan good luck final exam ( eh awal lagi eh? ) 


Friday, November 15, 2019

Minggu Keusahawanan Kolej Aminuddin Baki




Salam and good day everyone!

Pertama sekali, Leeya nak mintak maaf sebab lambat tulis posting kali ni sebab busy dengan mid test dua malam berturut turut dengan kelas ganti, kelas malam tapi takpelah, Aleeya cuba cari masa untuk menulis juga.

So, kali ni Aleeya nak cerita pengalaman sepanjang Minggu Keusahawanan di Kolej Aminuddin Baki (KAB) yang berlangsung selama 4 hari bermula pukul 5 petang sehingga 11 malam. Nak dijadikan cerita, ada lebih kurang 12-20 gerai jualan sepanjang Minggu Keusahawanan, tapi Aleeya tak berapa yakin sebab ia melibatkan gerai antara biro dan ada juga gerai antara kelab kelab lain. Antara gerai yang ada ialah Culture Shock, SRAB Village, Sabarwey, KingsMep, ICT Corner dan banyak lagi.

Aleeya jaga gerai ICT Corner, iaitu dari Biro Penerbitan dan ICT yang menjual Lokching iaitu sate ikan dan juga ais-blended buah kordial.

Poster ICT Corner
Ini poster yang kami edarkan dalam group whatsapp untuk memasarkan jualan kami. Kami juga membuat penghantaran dari bilik ke bilik.

Walau bagaimanapun, pada hari pertama minggu keusahawanan berlangsung, kami dari biro ict agak kecewa dan juga sedih kerana jualan kami tidak mencapai target, ada juga salah faham yang berlaku antara kami dan terdapat juga khabar angin bahawa ada yang mengatakan gerai kami tidak menarik untuk mereka datang membeli. Namun begitu, kami tidak berputus asa. Kami berbincang semula tentang cara cara melayan pelanggan dengan betul, cara cara untuk menarik pelanggan, berapa target yang ingin kami capai pada hari seterusnya dan alhamdulillah pada hari hari yang berikutnya gerai kami didatangi ramai pelanggan.

Ni menu yang kami hias di gerai.

Ni suasana masa minggu keusahawanan. Riuh! Walau apa pelbagai halangan dan rintangan yang datang, kami dapat selesaikan masalah tersebut bersama dan apa yang paling menyeronokkan bagi Aleeya ialah hubungan yang semakin akrab antara kami semua membuatkan Aleeya berasa selesa untuk berborak dan bercerita.

gambar hari terakhir minggu keusahawanan

sesi bergambar setelah beberapa hari bertungkus lumus menjayakan minggu keusahawanan 

yea, bersama MEP kesayangan kami Syazwan, walaupun sibuk menjaga gerai KingsMep tapi dalam masa yang sama prihatin terhadap anak bironya ini :)

Apa yang Aleeya harapkan lepasni, semoga semua dapat bekerjasama dalam menjayakan aktiviti yang akan datang dan semoga hubungan yang terjalin ini dapat diteruskan walaupun "biro" ni hanya untuk tempoh setahun sahaja. Jumpa lagi dalam aktiviti yang akan datang :) dan inshaAllah Aleeya akan kongsikan lagi dalam posting yang seterusnya.



Thursday, November 7, 2019

Amindancers

Hai Assalamualaikum semua!

Kembali lagi kita ke rancangan " Dah siap Blog ke belum?! " hahaha okay gurau jeee.

Jadi, hari ni aleeya nak cerita sikit pasal minat aleeya, iaitu menari. Yes, aleeya memang minat menari tapi aleeya tak berapa reti nak menari, macam kayu kerasnya ha gituwww. Suka tengok orang menari, bila tengok orang menari, rasa nak join menari sekali. Lagi satu, menari ni sebenarnya boleh buat diri kita sendiri "happy" aleeya taktau kalau orang lain macam mana, tapi bagi aleeya, bila aleeya sedih ataupun dalam mood tak baik, dan aleeya menari, aleeya rasa hilang segala rasa sedih dan stress.

Tapi lepas aleeya masuk UKM ni, aleeya teringin nak belajar menari. Jadi, aleeya pilih subjek citra Seni Tari Rakyat 1. Selain tu, aleeya jugak masuk kelab Aadyamatra, iaitu kelab tarian di UKM yang memberi peluang kepada semua pelajar yang berminat ataupun ingin menjadi artis sukma UKM. Aleeya join kelab Aadyamatra ni bukanlah berhasrat untuk jadi artis sukma UKM pun, sekadar untuk belajar asas-asas menari tarian tradisional, tapi kalau berpeluang apa salahnya kan?

Bukan tu saja, Aleeya juga cabar diri aleeya untuk pergi audition untuk pemilihan Amindancers, iaitu penari-penari yang mewakili Kolej Aminuddin Baki (KAB), kolej tercintaaa lah kononnya. Syukur alhamdulillah, dapat juga join Amindancers.

Pemilihan Amindancers

Lepas dah terpilih sebagai penari kolej, alhamdulillah ada sorang senior ni ajak Aleeya dan juga beberapa rakan yang lain untuk buat persembahan sempena Majlis Penutupan Sukan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. 

Semasa persembahan
di belakang pentas sebelum majlis bermula
Selepas persembahan, alhamdulillah sekali lagi dapat peluang untuk membuat persembahan untuk Majlis Penutupan Minggu Keusahawanan Kolej Aminuddin Baki.

Latihan pertama di bilik bankuasi KAB

Hari kedua latihan di studio kebudayaan KAB

Hari Ketiga latihan

Semasa kejadian



bersama pengajar kami yang sentiasa memberi sokongan dari bawah :)

 Dalam masa 3 hari kami gigih berlatih sehingga 2/3 pagi dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, walaupun ada lupa step sikit sikit, namun sokongan yang diberikan membuatkan kami rasa lebih bersemangat untuk perform di atas pentas. Terima kasih atas sokongan padu yang diberikan :)

Semoga selepas ni dapat lagi peluang untuk menari, tak kesah persembahan ataupun pertandingan, inshaAllah aleeya akan cuba yang terbaik. 


Wednesday, October 30, 2019

Hometown-ku

Assalamualaikum dan hai kepada semua yang membaca,

Untuk posting kali ini, Leeya akan bercerita serba sedikit tentang tempat menarik di tempat tinggal saya iaitu di Ipoh, Perak dan serba sedikit mengenai kawan di sekolah menengah hehe :p

Bendera Negeri Perak

Bendera ni besar, tak macam bendera biasa kita guna untuk nyanyi lagu Negaraku dan bendera ni terletak dekat padang Ipoh. Padang Ipoh ni selalunya petang petang ramai la orang main bola. Padang tu besar, so perempuan yang nak main bola jaring pun boleh, muat jeee nak main sana. Kalau ada sambutan Hari Kemerdekaan, ramai la orang lepak lepak sini tengok orang berkawad. Dekat belakang padang ni pulak ada kedai makan nama " Miker ". Leeya tak pernah cuba lagi makan kat sana, tapi kebanyakan orang Ipoh memang recommended kalau orang yang datang Ipoh bercuti untuk makan kat sini. Selain Miker, ada juga " Miker Pizza ". Dengar pizza mestilah ada pizza kan.

Miker Pizza ni terletak bersebelahan dengan padang Ipoh tadi.

Hawaiian Chicken & Smoked BBQ

Ini lah pizza-nyaa, kami pilih large pizza, supaya kami boleh pilih 2 jenis perisa yang kami nak. Ada 8 slice, iaitu RM29. So orang orang yang teringin nak datang Ipoh untuk "food-hunting" bolehlah datang ke Miker Pizza ataupun Miker. Dua kedai ni dekat je, boleh jalan kaki, kalau dah sampai Miker tapi tiba tiba rasa nak makan pizza bolehlah bergerak ke Miker Pizza. Sebenarnya Ipoh ada banyak kedai-kedai makan yang terkenal, sedap dan murah. Cuma Leeya pernah pergi sini jelah setakat ni. ( apa ni dah berbelas tahun duduk Ipoh baru nak try makanan kat sini hahaha ). Tapi takpe, nanti Leeya akan share lagi dengan korang semua tempat makan yang best dekat Ipoh ni.

Plan A takde ye harap maklum hehe

Oh yaaa, selain tempat makan Ipoh juga ada tempat-tempat yang seronok untuk bergambar. Ni salah satu tempat yang orang kata agak terkenal di Ipoh. Sebenarnya Plan B ni, tempat makan juga, tapi disebabkan hiasan dalaman kedai tu buatkan orang-orang Ipoh datang untuk bergambar. Saja lah nak cerita sikit, Leeya pernah plan banyak kali dengan kawan kawan nak pergi sini, tapi satu pun tak pernah jalannn. Tapi kali ni, akhirnya berjaya jugak jejakkan kaki dekat Plan B ni (after plan yang ke berapa entah hahaha)



So, ni antara gambar yang Leeya ambik kat sana. Nampak macam dekat dalam hutan kan? Sebenarnya tak pun, kedai dia memang macam ni dekat dalam. Kalau datang ramai-ramai dengan kawan best la ni, ambik gambar post ke Instagram (mesti dapat like banyak uwwwuuuu!)


























Eh eh ada mini love <3
Okay yang ni pulak kedai buku, dalam kedai makan
tu dia macam ada jalan nak ke kedai buku ni. Selain
untuk beli buku, kedai dia pun cantik untuk
bergambar hihi.

Anda mencari buku? Jom masuk!















kiri ke kanan :Alya, Nureen, 'Aqilah, Aleeya(saya), Aliatul
Semua single lagi apa apa boleh pm tepi (sis gurau je hehe)



So ni semua kawan-kawan Leeya masa sekolah menengah dulu. Kami dari kelas yang sama sejak 2016 hingga 2017. 2 tahun, masa yang agak singkat tapi cukup untuk buat kami kenal hati budi masing-masing. Orang kata " high-school friend will never be replaced ". Oh yaa sebenarnya kami semua berlapan tapi yang dapat berkumpul sekali yang ni je, jadinya " incompleted " lah. Masing-masing sibuk dengan pelajaran, alhamdulillah sekarang semua dapat belajar dalam bidang yang diinginkan selama ni. Semoga terus sukses dan cemerlang. InshaAllah kita akan berjumpa tahun depan pula hehehe, dan goodluck for your mid-term exam :)

Nureen, Aliatul, Maryam, Izlyn, Nabella, Aqilah, Alya, Aleeya

biasalah ni baru habis spm, muka manyak happyyyyyy 


Sunday, October 20, 2019

Minggu Mesra Mahasiswa

Hai gaisss,
Terima kasih kerana sudi membaca posting saya kali ini.

Harini saya nak cerita dengan korang semua situasi, keadaan dan perasaan saya pada mula mula ditawarkan masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan sepanjang Minggu Mesra Mahasiswa (MMM).

Pertama sekali,

Ini adalah keputusan yang sangat membanggakan diri saya sendiri dan juga kedua ibubapa saya sendiri. Ramai orang tahu UKM merupakan U yang ketiga terbaik di Malaysia, dan orangnya bukan biasa biasa. Saya berasa gembira tetapi dalam masa yang sama takut untuk meneruskan pengajian di UKM kerana saya bukannya pelajar yang cemerlang, tetapi dengan semangat dan dorongan yang diberikan oleh kedua ibubapa saya, saya cuba untuk menyambung pengajian di UKM. Hasrat dan impian saya, semoga kedua ibubapa saya dapat melihat kejayaan saya, dan bangga dengan saya sebagai anak pertama :)


Ini pula ialah pada hari pertama mendaftar di UKM, iaitu di Kolej Aminuddin Baki (KAB) yang tercinta, acewahhhh hihihi. Perasaan masa ni, seronok sebab " finally im here, in UKM, studying degree in Business Administration ". oh yaa, lupa nak mention, UKM ni salah satu U yang saya teringin sangat nak masuk belajar. Semasa dalam perjalanan ke KAB, mak saya pernah cakap saya pernah ke UKM sebelum ni "masa tu tasya dalam perut mama lagi" patutlah rasa ingin belajar di UKM tu sangat tinggi hihihi

 


Antara gambar-gambar bersama rakan pada MMM.

 
Ini adalah antara "cheers" yang kami laungkan semasa Perang Dectar. Sungguh bersemangat pemudahcara-pemudahcara (PC) KAB, sehingga kami juga turut berasa semangat ingin berlawan suara dengan kolej-kolej lain.




Situasi semasa Perang Dectar. Masing masing menunjukkan rasa cinta terhadap kolej masing masing. PC-PC juga sangat prihatin atas kebajikan kami.

Akhir kata, Minggu Mesra Mahasiswa ini sangat menyeronokkan walaupun agak memenatkan kami semua tetapi dari minggu tersebut kami semua dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.

Friday, October 11, 2019

Bulan dan Persahabatan

Hai assalamualaikum semua,
Jadi pada hari ini, saya akan berkongsi dengan semua tentang minat saya yang mungkin agak pelik pada pandangan sesetengah orang.



Anda lihat apa yang saya lihat? Ye, bulan. Gambar ini saya ambil ketika hari senja sewaktu matahari sudah terbenam. Kenapa saya suka bulan? Kenapa saya suka lihat bulan? ianya bermula apabila saya dan rakan rakan saya melihat bulan sambil mendengar lagu " Tentang Bulan ( Fatin Nur Afeefah ) ". Lirik lagu tersebut memberi maksud yang mendalam kepada saya dan rakan rakan saya, kerana lagu tersebut mengisahkan tentang persahabatan lima sekawan.


Ia juga berkait rapat dengan kisah saya dan rakan rakan saya. Jadi, dari situlah saya mempunyai minat apabila melihat bulan kerana ia membuatkan saya teringat kepada rakan rakan saya yang sekarang sudah mempunyai hala tuju masing masing. 






Ramai yang pelik dan terkejut dengan apa yang saya minat, tetapi inilah apa yang saya suka. Kita semua lihat pada bulan yang sama, jadi saya pesan kepada semua rakan rakan saya yang jauh dari saya, " kalau rindu tengoklah bulan, Aleeya sentiasa ingat korang semua " dan yeah kalau mereka rindu mereka akan 'selfie' dengan bulan berserta caption " bersama Aleeya " . Kesimpulannya, saya suka lihat bulan kerana ia boleh mengingatkan kita kepada seseorang yang kita rindui.


Sekian dari saya. 







Sunday, October 6, 2019

" Selepas hujan pasti adanya pelangi "


Assalamualaikum dan hai rakan rakan sekalian,

Pada hari ini, saya ingin berkongsi serba sedikit ilmu yang saya dapati semasa saya belajar di Kolej Matrikulasi Perak. Seperti yang anda semua tahu kita semua sama ada pelajar mahupun tenaga pengajar sendiri mempunyai masa masa yang amat sukar, masa yang orang kata saat saat kita berada di bahagian bawah roda. 



Ada kalanya, kita di bawah, ada kala kita di atas. Begitu lah kehidupan. Ada suatu hari, kita akan merasa susah, Ada suatu hari, kita akan senang. Maka, ingatlah selepas turunnya hujan pasti akan ada pelangi. Maksud saya disini ialah, tidak mengapa untuk bersusah susah dahulu kerana pasti akan ada kesenangan di akhirnya. Allah SWT juga berfirman dalam Surah al-Insyirah ayat 5-6, " Kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu pasti ada kemudahan,  sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. " bukan sekali malah dua kali Allah berfirman dalam ayat tersebut.


Bukan itu sahaja, Imam Ali bin Abu Talib juga pernah berkata, " Yakinlah, ada sesuatu yang menantimu setelah banyak kesabaran (yang kau jalani), yang akan membuatmu terpana hingga kau lupa betapa pedihnya rasa sakit. "


Apa yang saya pelajari ialah, kita harus terus sabar dan berusaha dalam mencapai apa yang kita inginkan dan jangan sesekali berhenti berdoa. Semoga kita semua terus diberi kekuatan untuk meneruskan perjalanan hidup kita dengan petunjukNya. 

Akhir sekali, terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca :)

Sunday, September 29, 2019

Sesi Pembelajaran

Hai assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan.

Pada minggu ini, saya telah mempelajari tentang cara-cara untuk menggunakan Word 2016. Secara umumnya, ramai yang telah dan tahu menggunakan Word semasa di sekolah mahupun di universiti, tetapi masih ramai lagi yang tidak mengetahui cara penggunaaan yang betul dan tepat untuk Bibliography, References dan sebagainya.


Jadi, pada minggu ini, kami telah didedahkan dengan pelbagai cara untuk membuat :

  1.  Headings
  2.  List of table ( LOT ) 
  3.  List of fugures ( LOF )
  4.  Table of content ( TOC ) 
  5.  Footer
  6.  Bibliography

Ini adalah contoh hasil daripada pembelajaran pada minggu ini. Ternyata benarlah kita harus meneroka apa yang ada supaya dapat menambahkan lagi ilmu di dada.

Secara konklusinya, saya dapat menambah ilmu pengetahuan yang amat berguna untuk masa kini dan masa depan. Semoga ilmu ini dapat memberikan manfaat kepada diri saya dan juga rakan rakan saya yang lain.

Tuesday, September 17, 2019

Minggu Pertama di kelas

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya pelajar dari Kolej Aminuddin Baki, Kolej B, Kolej Bestari yang terletak di tengah-tengah Universiti Kebangsaan Malaysia( UKM ). Pagi saya dimulakan dengan kelas Pengantar Perundangan Islam di fakulti pengajian islam yang terletak tidak jauh dengan kolej saya dan kami telah pun mendapat tugasan daripada pensyarah kami. Selesai sahaja kelas tersebut saya dan rakan saya pergi mencari makanan untuk sarapan sekitar pukul 9 pagi. Kemudian, saya dan juga rakan saya pergi menyelesaikan hal hal penting yang perlu diuruskan. Setelah itu, kami pergi ke pusanika. Seperti yang dimaklumkan, pada 17 hingga 19 September terdapat Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar daripada 9 pagi hingga 5 petang. Jadi, saya mengambil peluang tersebut untuk melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang ditawarkan oleh pelbagai persatuan antaranya Kursus Fasilitator yang dianjurkan oleh Urusetia Pembangungan Sumber Manusia ( UPSM ). Dengan melibatkan diri dengan kursus fasilitator ini, saya yakin saya dapat mencabar diri saya untuk keluar daripada kepompong yang lama. Pada sebelah malam pula, saya mendaftarkan diri dalam Sukem, iaitu sukan antara kolej dalam permainan petanque. Andai bernasib baik dan terpilih sebagai wakil kolej, saya ingin menyumbangkan tenaga kepada kolej tercinta dan berharap semoga mendapat tempat di kolej pada tahun kedua. InsyaAllah, semoga segala urusan dipermudahkan :)

Keindahan Alam

Assalamualaikum semua Agak lambat ye blog untuk minggu ni. Maaf, Aleeya terlupaaa. Okaylah, minggu ni Aleeya nak share dengan korang sem...