Agak lambat ye blog untuk minggu ni. Maaf, Aleeya terlupaaa.
Okaylah, minggu ni Aleeya nak share dengan korang semua pasal minat Aleeya. Selain menari dan tengok bulan, Aleeya juga suka tengok keindahan alam. Ada satu post di FB yang tertulis ;
Cara Rasulullah menghilangkan sedih :
1) Solat
2) Melihat daun hijau
3) Mendengar deruan air
4) Melihat wajah-wajah yang tenang
Solat tu dah semestinya lah kan, sama ada sedih ke tak kita kena solat. Point kedua and ketiga tu, Aleeya setuju sangat.
Keindahan alam ni contohnya macam pemandangan langit, gunung, bukit bakau, air terjun, matahari terbit dan terbenam dan banyak lagi. Sebab apa Aleeya minat sangat tengok keindahan alam ni? satu sebab memang cantik, kedua keindahan alam ni ciptaan tuhan yang sememangnya sangat indah, ketiga, selain dapat menghilangkan rasa sedih, ia juga dapat menghilangkan stress.
![]() |
ini kami datang Kolej Ibu Zain untuk tengok matahari terbenam, selepas joging |
Ya, tak semua orang ada minat yang sama macam Aleeya, like tengok bulan, menari, tengok keindahan alam, tapi nak nasihat sikit la.. Tak perlu kot downgrade minat orang lain. Bila orang tanya " kau minat apa? ", then jawab " ohh, aku suka tengok pemandangan, macam sunset ke sunrise ke " pastu tak perlu kot " eee, apa laa minat benda benda macam tu? banyak lagi benda boleh buat. " hellooo people, its okay kalau korang rasa benda benda macam tu buang masa korang or whatever, tapi tak payah la cakap kat tuan punya badan macam tu, hormat sikit la kan :) sorry teremosi pula hihihi aleeya okay jee.
![]() |
yang ni pulak pemandangan matahari terbit di Kolej Matrikulasi Perak. |
hehe rindu pulak dekat classmate di matrik. yang ni pun korang describe sendiri la macam mana cantiknya pemandangan tu. ni baru tunjuk gambar je, cuba kalau pergi tengok sendiri depan depan, fuhhh lawaaa.
gambar ni kami pergi sebab Aleeya yang ajak, time tu minggu untuk study before PSPM. So, Aleeya tahu, classmate Aleeya semua struggle belajar, ada yang tak tidur malam lah, stress, homesick lah. Jadi, Aleeya ajak classmate Aleeya. and guess what? Sunrise kan selalunya pagi, selepas subuh macam tu, diaorg pun sanggup bangun and turun semata-mata nak tengok sunrise je! Classmate Aleeya sporting gila ah! seronok sebab ada orang sahut kita punya jom hahaha.
lastly, Aleeya rasa cukup kot setakat ni, Internet tidak mengizinkan, haih dengki betul la :(
Apapun, semoga berjumpa lagi dalam blog yang seterusnya, kalau ada hihi :)